fbpx

Lagu Raya Andi Bernadee, Ryan Bakery gamat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDI Bernadee membuat kelainan dan menyuntik elemen segar menampilkan Ryan Bakery dalam lagu rayanya, Raya Last Minit.

JARANG hendak dengar lagu raya zaman sekarang meraih perhatian ramai sehingga sohor kini dalam YouTube.

Itu yang berlaku kepada lagu raya milik Andi Bernadee dan Ryan Bakery berjudul Raya Last Minit.

Dilancarkan pada 31 Mac lalu, Raya Last Minit berjaya menduduki carta 10 lagu paling popular dalam YouTube.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves itu berkisarkan pemuda yang kelam-kabut dalam membuat persiapan hari raya Aidilfitri.

Rata-rata pendengar memuji lagu tersebut kerana mudah diingati selain aksi lucu Ryan yang sememangnya terkenal dengan gelagat lucunya.

Raya Last Minit kini berjaya meraih lebih 500,000 tontonan dan 15,000 tanda suka dalam YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI