fbpx

MKT UMNO akan menghadap Agong mohon pengampunan penuh buat Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan akan memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempertimbangkan pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki selepas mesyuarat bulanan MKT UMNO yang berlangsung, di ibu negara hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, antara inti pati lain yang dibincangkan adalah keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung kes SRC.

Menurutnya, MKT mengambil maklum kedukacitaan dan keresahan ahli-ahli UMNO di akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil.

Katanya, perkara itu seiring dengan kenyataan penghakiman Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang menyatakan Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil serta wajar dibebas dan dilepaskan.

“MKT telah menerima memorandum daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang memohon agar kepimpinan tertinggi UMNO membela bekas Presiden dan Perdana Menteri yang banyak jasanya kepada rakyat dan negara.

“Setelah diperincikan, MKT merafak sembah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong dengan kerendahan diri memohon ihsan untuk mempertimbangkan pengampunan penuh buat Najib sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan” katanya.

Justeru, kata beliau, MKT sebulat suara bersetuju untuk memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Seri Paduka Baginda beserta memorandum yang ditandatangani seluruh kepimpinan UMNO.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, mesyuarat MKT juga menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bagi tahun 2023 akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI