fbpx

EPL: Frank Lampard kembali bertugas di Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD dilaporkan sudah bersetuju untuk mengambil alih tugas sebagai pengurus sementara Chelsea sehingga musim ini berakhir. – AFP

LONDON – Legenda Chelsea, Frank Lampard dilaporkan bersetuju untuk membuat kepula­ngan semula ke Stamford Bridge sebegai pengurus sementara pasukan itu sehingga musim ini berakhir.

Chelsea dilaporkan sedang berusaha memujuk beberapa nama termasuk Luis Enrique untuk mengemudi pasukan berkenaan selepas pemecatan Graham Potter, namun ketika ini mereka bersedia memberikan tugas sementara itu kepada Lampard yang pernah disingkirkan sebagai pengurus dua tahun lalu.

Beliau dilihat berada di Stamford Bridge ketika Chelsea terikat tanpa jaringan menentang Liverpool sebagai tetamu kepada Behdad Eghbali yang merupakan pemegang majoriti terbesar saham kelab tersebut.

Chelsea memulakan rundi­ngan bersama Lampard kelmarin sekali gus memberikan keyakinan bahawa bekas pengurus Everton itu akan memulakan tugas dengan segera untuk menghadapi aksi pertamanya menentang Wolverhampton Wanderers Sabtu ini.

Kemudian, Lampard dan Chelsea akan berdepan tugas getir untuk menghadapi saingan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Santiago Bernebeu pada Rabu nanti.

Lampard, 44, tidak terikat dengan mana-mana kontrak selepas terpaksa meninggalkan Goodison Park pada Januari lalu selepas 12 bulan dilantik untuk mengemudi pasukan itu.

Kepulangan semula Lampard memberikan sedikit harapan buat para peminat Chelsea yang sangat kecewa dengan perkembangan pasukan berkenaan di bawah kendalian Potter sebelum ini.

Para peminat menganggap Lampard lebih mengenali reputasi para pemain dan mampu membina suasana positif dalam kem pasukan itu sekali gus menghidupkan peluang untuk mereka memperbaiki kedudukan sepanjang aksi yang masih berbaki musim ini.

Dalam pada itu, selain Enrique, difahamkan terdapat beberapa nama lain yang sedang dipertimbangkan oleh Chelsea seperti Julian Nagelsmann dan Mauricio Pochettino untuk dilantik sebagai pengurus tetap pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI