fbpx

Ahli masih perlu bayar ansuran bulanan FSA2 KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan ahli yang membuat pinjaman melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) masih perlu membayar ansuran bulanan.

Penerangan itu dibuat KWSP dalam kenyataan hari ini bagi menjelaskan maklumat tidak tepat yang tular di media sosial.

KWSP berkata, permohonan awal FSA2 akan membolehkan ahli mengambil kira simpanan di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

“Bayaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai usia 50 hingga 55 tahun, tertakluk kepada pilihan usia pengeluaran ahli.

“Pada masa sama, ahli perlu membuat bayaran ansuran bulanan seperti mana yang ditetapkan pihak perbankan,” katanya.

Terdahulu, KWSP mengumumkan semakan kelayakan FSA2 boleh dibuat secara dalam talian bermula 5 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI