fbpx

Wanita serang penyondol di tepi jalan sebelum berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berbadan tegap itu cuba meleraikan pergaduhan di tepi jalan. - Era N

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang isteri menyerang wanita yang mengganggu rumah tangganya di tepi jalan menjelang waktu berbuka puasa, lapor laman berita SindoNews.

Kejadian berlaku di sebuah kedai bakso yang terletak di bandar Lubuklinggau, Sumatera Selatan kelmarin.

Berdasarkan video tersebut, seorang wanita bertudung hitam menyerang seorang wanita berambut perang sambil diperhatikan orang ramai di kedai tersebut.

Menurut pekerja kedai, wanita berambut perang itu memesan bakso daging untuk dibawa pulang pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan). Tiba-tiba, wanita bertudung hitam itu datang menyerangnya.

“Apabila gadis itu dicekup, seorang lelaki cuba masuk campur sehingga mangsa berjaya masuk ke dalam kedai semula,” katanya.

Wanita yang membeli bakso itu datang menaiki kereta bersama seorang lelaki. Lelaki itu tidak mengikutinya ke dalam kedai.

Wanita bertudung yang menyerangnya pula datang bersama anaknya juga dengan menaiki kereta. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI