fbpx

Pemuda maut langgar lori membelok kawasan tidak dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang telah ditutupi kain putih di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori yang membelok masuk simpang di kawasan tidak dibenarkan di Persiaran Mokhtar Dahari di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam, mangsa berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 37 tahun dari arah Puncak Alam sedang berhenti untuk membelok masuk ke simpang kanan bagi menuju ke stesen minyak.

Katanya, lokasi tersebut adalah tidak dibenarkan untuk membelok kerana garisan berkembar.

“Mangsa yang menunggang motosikal dari arah Shah Alam tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi lori yang sedang membelok masuk ke simpang itu.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI