fbpx

Lelaki Pakistan tunjuk aksi wheelie ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video seorang lelaki warga Pakistan melakukan aksi bahaya di Jalan Kota Tinggi - Kluang, Kluang malam kelmarin.

KLUANG – Seorang lelaki warga Pakistan ditahan polis kerana melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motosikal di Jalan Kota Tinggi- Kluang pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd Noh berkata, video memaparkan suspek berusia 22 tahun menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya itu dikesan polis setelah tular di media sosial.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput itu telah disaman kerana tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

“Satu kiriman video dari Facebook ‘Kluang paranormal research’ dikesan memaparkan seorang lelaki Pakistan menunggang sebuah motorsikal jenis SYM VF3i melakukan aksi ‘wheelie’ dengan mengangkat tayar hadapan motosikal.

“Anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kluang telah melakukan risikan dan berjaya menahan suspek di hadapan sebuah kedai di Taman Majupadu pada pukul 6.45 petang, semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Bahrain lagi, motosikal yang digunakan suspek telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

“Ujian saringan awal air kencing suspek didapati negatif. Suspek kini ditahan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama empat hari bermula hari ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI