fbpx

Budak cedera terkena asid jiran bersih paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar keadaan paip yang dikongsikan Reza Samat.

PETALING JAYA – Malang menimpa seorang kanak-kanak berusia enam tahun apabila mengalami kegatalan dan pedih mata selepas terkena asid yang digunakan jirannya untuk membersihkan paip tersumbat dalam kejadian di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Asid itu menitis selepas saluran paip plastik itu mencair sebaik terkena cecair berkenaan.

Menerusi perkongsian bapa saudara mangsa di Twitter, kejadian berlaku ketika anak buahnya sedang mandi.

“Anak buah tiba-tiba dia menjerit sebab asid dah masuk mata. Bila pergi saya hidu bau belerang yang sangat kuat.

“Adik naik ke rumah jiran bagi memaklumkan kejadian itu dan didapati dia baru lepas menuang asid tersebut,” katanya.

Tambah lelaki itu, penggunaan asid untuk membersihkan saluran plastik itu sangat merbahaya terutama apabila melibatkan kanak-kanak.

Mangsa kini masih dirawat di unit kecemasan sebuah hospital.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi rasa simpati dan pengalaman menghadapi situasi yang serupa.

“Kami sekeluarga pernah kena juga mcm ni. Kebetulan adik tengah cuci pinggan, lepas tu air dari atas menitik kena kulit lengan dia terus rasa gatal.

“Tak lama lepas tu satu rumah kami bau asid. Terpaksa panggil polis ‘settle’ kes sebab jiran tak nak bertanggungjawab,” komen Ippeun

“Ini bukan kejadian yang pertama. Sebelum ni pun ada kena dekat budak tengah masak dekat dapur kan. Tolonglah jangan main beli. Tak tahu macam mana nak ‘spread awareness’,” komen Sh1eee.

Perkongsian itu menjadi tular di Twitter dengan tontonan sebanyak 36,000, 455 ulang ciap dan 476 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI