fbpx

Mahkamah Sweden sokong bakar al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan seorang ahli politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan (tengah) dikawal oleh anggota polis sebelum dia membakar kitab suci al-Quran di Copenhagen, Denmark pada 27 Januari lalu. - Foto AA

STOCKHOLM, Sweden – Sebuah mahkamah Sweden membatalkan keputusan polis untuk mengharamkan dua acara membakar kitab suci al-Quran yang dijadual diadakan di Stockholm, lapor portal berita TRT World.   

Mahkamah berkenaan berkata, isu kebimbangan keselamatan tidak mencukupi untuk melarang tindakan sedemikian. Sebelum itu, polis Sweden memberitahu bahawa perbuatan biadap tersebut merupakan tindakan provokasi terutamanya dalam kalangan penduduk Islam.

“Polis tidak mempunyai alasan mencukupi untuk menyokong keputusan (melarang perbuatan membakar al-Quran),” kata Hakim Eva-Lotta Hedin dalam keputusannya, merujuk kepada protes yang dirancang di luar Kedutaan Turkiye dan Iraq di Stockholm.

Sebaliknya, kira-kira 51 peratus rakyat Sweden menyokong larangan membakar al-Quran dan kitab suci agama lain, demikian menurut keputusan tinjauan pendapat terbaharu pada Sabtu lepas.

Sebanyak 34 peratus responden menyatakan bahawa perbuatan membakar kitab suci adalah kebebasan bersuara, manakala 15 peratus lagi berkecuali.

Tinjauan pendapat itu dilakukan pada 14-16 Mac lalu melibatkan seramai 1,370 responden.

Sementara itu, badan penyiaran awam SVT berkata, insiden provokatif oleh ahli politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan terhadap kitab suci umat Islam itu menyebabkan Sweden terpaksa membelanjakan kira-kira 88 juta krona Sweden (RM37 juta) untuk menghadapi situasi tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, perkhidmatan keselamatan polis Sweden berkata, pihaknya telah menahan lima lelaki kerana disyaki bersubahat melakukan jenayah keganasan dalam kes yang dikaitkan dengan protes membakar al-Quran di Stockholm pada tahun ini.

Lima lelaki itu ditahan selepas serbuan dilakukan di tiga buah bandar dan suspek-suspek berkenaan dipercayai mempunyai hubungan antarabangsa dengan kumpulan pengganas, kata perkhidmatan keselamatan polis tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI