fbpx

Buka puasa terpanjang 8,000 orang diadakan di Padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis buka puasa terpanjang anjuran Arab Saudi diadakan di Padang kelmarin. - Foto SPA

JAKARTA – Arab Saudi menjadi penganjur majlis berbuka puasa terpanjang di dunia sepanjang 1,200 meter dan dihadiri lebih 8,000 warga Indonesia di bandar Padang, Sumatera Bara kelmarin, lapor portal berita Arab News.

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi yang diwakili oleh atase agama di Jakarta telah menganjurkan iftar di beberapa bandar di Indonesia, demikian menurut Saudi Press Agency (SPA).

Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah dan Atase Agama, Ahmed bin Isa Al-Hazmi menghadiri majlis itu yang turut disertai oleh beberapa ahli politik, pemimpin pertubuhan Islam dan ketua universiti.

Ansharullah berkata, pemerintah Indonesia akan memohon supaya majlis itu diktiraf oleh Guinness World Records. 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota negara itu, Putera Mohammed kerana kemurahan hati mereka.

Gabenor itu berkata, majlis itu akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI