fbpx

[VIDEO] Wanita syukur bapa selamat, dilanggar kereta warga Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ereta milik bapa wanita tersebut yang musnah sepenuhnya setelah dirempuh kereta Mini Cooper dipandu warga Singapura.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi rakaman papan pemuka kenderaan milik ayahnya yang terlibat dalam kemalangan setelah dilanggar sebuah kereta Mini Cooper berwarna kuning dipercayai dipandu oleh warga Singapura sekitar Kluang, Johor pada Sabtu lalu.

Video kemalangan berdurasi 20 saat yang dikongsikan oleh Ainzaabar menerusi laman Twitternya pagi tadi telah mendapat lebih 359,000 tontonan dan 5,400 tanda suka.

“Saya kehilangan kata-kata setelah ayah beritahu rasa macam sudah mati ketika dilanggar oleh sebuah kereta Mini Cooper kuning warga Singapura.

“Selepas tengok rakaman kamera papan pemuka kereta milik ayah dan gambar kemalangan, yang terlintas di fikiran saya adalah ayah mungkin dalam keadaan yang tidak baik.

“Saya mendapat perkhabaran ayah terlibat dalam kemalangan setelah adik saya menghantar pesanan kepada saya. Sangat cuak ketika itu kerana ayah seorang pemandu berhemah dan berpengalaman memandu lori, bas serta kereta sewa,” ciapnya.

Menurut bebenang di Twitternya, ayahnya yang mengalami cedera ringan telah dibawa ke hospital seterusnya keluarganya juga tampil membuat laporan polis dengan segera berhubung kemalangan yang berlaku.

Jelasnya, pemandu telah mengaku bersalah dan mengaku melihat aplikasi Waze sebelum terbabas dan merempuh kereta ayahnya.

“Sekarang nak tuntut insurans pihak ketiga benda penting kena ada adalah laporan polis, keputusan kes dari pihak polis, polisi insurans, laporan kesihatan, salinan kad pengenalan, lesen dan geran kereta.

“Semua ini akan mengambil masa setahun kerana melibatkan warga Singapura. Kereta ayah mengalami kerugian total dan untuk uruskan tuntutan kami telah lantik peguam yang mana yurannya adalah sebanyak 25 peratus dari tuntutan yang telah dipersetujui,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia juga meminta orang ramai supaya mendoakan keluarganya dalam menguruskan tuntutan disamping prosesnya dipermudah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI