fbpx

KPDN laksana kaji selidik babit 1,148 peniaga bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,148 peniaga bazar Ramadan di seluruh negara terlibat dalam satu kaji selidik yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 31 Mac lalu.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tujuan utama kaji selidik tersebut dilakukan adalah bagi mendapatkan maklum balas daripada peniaga di kawasan bandar, luar bandar dan bazar Ramadan peringkat negeri berhubung sambutan pengguna terhadap aktiviti jualan di bazar Ramadan pada tahun ini.

Katanya, kaji selidik ini juga bertujuan untuk menilai sambutan pengguna terhadap bazar Ramadan dan melihat aspek keuntungan yang diperolehi peniaga di samping mengumpulkan maklumat berhubung hasil jualan yang diperolehi berbanding sasaran jualan oleh peniaga itu sendiri.

“Kita mendapati sebanyak 69 peratus peniaga menyatakan peningkatan pelanggan atau pengunjung di premis mereka manakala 31 peratus peniaga memberi maklumbalas penurunan.

“Bagi aspek hasil jualan pula, sebanyak 63 peratus peniaga menyatakan peningkatan ke atas hasil jualan manakala selebihnya 37 peratus memberikan maklum balas penurunan hasil jualan.

“Selain itu, dari aspek keuntungan pula, sebanyak 70 peratus peniaga menyatakan mendapat peningkatan keuntungan manakala 30 peratus lagi adalah sebaliknya,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Salahuddin, nilai jualan dan keuntungan yang diperolehi oleh peniaga dipengaruhi faktor jenis makanan dan minuman yang popular, harga yang berpatutan pada pandangan pengunjung, cuaca, lokasi, kemudahan tempat parkir kenderaan, turun naik harga bahan mentah, kedudukan gerai dalam tapak bazar dan kos sewa tapak.

“Hasil kaji selidik ini juga mendapati, para peniaga mengharapkan pengunjung semakin bertambah dan berbelanja di bazar Ramadan serta kos bahan mentah dapat diturunkan bagi membantu peniaga mengimbangi harga jualan mereka.

“Dalam pada itu, peniaga juga berharap agar promosi yang lebih baik dapat dilakukan agar pengunjung bazar Ramadan semakin meningkat selain pengurangan kadar sewa tapak, meningkatkan aktiviti penguatkuasaan, kebersihan tapak perniagaan bazar dan bantuan dari segi modal serta kewangan,” jelasnya.

Sehubungan itu, KPDN menasihatkan para peniaga agar terus mematuhi peraturan dan perundangan yang dikuatkuasakan kementerian bagi mengelakkan dikenakan tindakan yang tegas selain menjadi peniaga yang beretika seperti meletakkan tanda harga pada setiap barangan jualan dengan tepat dan jelas.

Sementara itu, pengguna juga dinasihatkan agar bijak ketika berbelanja dan menggunakan sepenuhnya hak-hak sebagai pengguna bagi mengelakkan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI