fbpx

Gempa bumi Turkiye: ‘Bayi misteri’ bertemu ibu selepas 54 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi yang ditarik keluar dari runtuhan 128 jam selepas gempa bumi di Kahramanmaras, bertemu semula dengan ibunya 54 hari kemudian, di Adana, Turkiye. -IHA

ANKARA – Seorang bayi yang diselamatkan dari runtuhan bangunan pada hari kelima gempa bumi di Turkiye Februari lalu akhirnya dipertemukan semula dengan ibunya yang dipercayai terbunuh semasa bencana itu, lapor akhbar New York Post semalam.

Vetin Begdas, yang berusia tiga bulan setengah digelar ‘Gizen’ yang bermaksud misteri oleh anggota penyelamat selepas dia diselamatkan.

Bayi itu diserahkan kepada ibunya, Yasemin Begdas pada Sabtu lalu, 54 hari selepas dia ditemui di sebalik runtuhan bangunan di wilayah Hatay.

Menteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial Turkiye, Derya Yanik menyatukan dua beranak itu semula selepas hubungan mereka disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Salah satu tugas yang paling tidak ternilai di dunia adalah menyatukan semula seorang ibu dengan anaknya. Menjadi sebahagian daripada kebahagiaan itu adalah sangat bermakna bagi kami juga,” katanya.

Yanik berkongsi detik pertemuan tersebut menerusi sebuah video di laman Twitter yang memaparkan ibu dan bayi perempuan itu berpelukan di katil hospital. Bapa dan dua abang bayi itu dilaporkan terbunuh semasa gempa bumi pada 6 Februari lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI