fbpx

Ukraine bantah Russia ketuai Majlis Keselamatan PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Russia kini mengetuai Majlis Keselamatan PBB ketika negara itu masih berperang dengan Ukraine. - Foto AFP

NEW YORK – Russia mengambil alih kerusi Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun Ukraine menggesa anggota-anggota majlis berkenaan menyekat giliran Moscow, lapor portal Perbadanan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Setiap daripada 15 ahli majlis itu akan menduduki kerusi Presiden selama sebulan secara bergilir-gilir dan kali terakhir Russia mengambil alihnya adalah pada Februari 2022 iaitu bulan yang menyaksikan Kremlin melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine.

Ini bermakna Majlis Keselamatan PBB kini diketuai oleh Russia yang mana Presidennya berada dalam senarai waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang pada bulan lalu.

ICC yang bukan bernaung di bawah PBB, mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Vladimir Putin.

Walaupun terdapat aduan daripada Ukraine, Amerika Syarikat (AS) berkata, ia tidak boleh menghalang Russia yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan daripada menduduki kerusi Presiden.

Anggota tetap majlis tersebut yang lain termasuk Britain, AS, Perancis dan China.

Penggiliran Rusia adalah mengikut prosedur, manakala Duta Moscow ke PBB, Vasily Nebenzia memberitahu agensi berita Russia, Tass bahawa beliau merancang untuk menyelia beberapa perbahasan di Majlis Keselamatan termasuk mengenai kawalan senjata.

Katanya, beliau akan membincangkan Orde Baharu Dunia untuk menggantikan dasar unipolar atau hanya sebuah negara mempunyai kuasa dalam menentukan susunan atur dunia baharu.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menggelar jawatan Presiden yang dipegang Russia sebagai gurauan paling teruk dan berkata, jelas sesuatu tidak kena dengan cara struktur keselamatan antarabangsa berfungsi.

Dalam ulasan lanjut kelmarin, beliau menyebutnya sebagai tamparan kepada masyarakat antarabangsa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI