fbpx

APMM tahan lima nelayan Myanmar tangkap ikan di perairan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan tempatan yang disyaki menggunakan perkhidmatan lima nelayan Myanmar secara haram di perairan Kemaman semalam.

KEMAMAN – Padah bekerja sebagai nelayan tanpa permit sah, lima lelaki warganegara Myanmar ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kemaman dekat sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, nelayan berusia 19 hingga 49 tahun tersebut ditahan ketika sedang asyik menangkap ikan pada pukul 12.10 tengah hari.

Beliau berkata, sewaktu serbuan, bot nelayan dinaiki kesemua suspek berada pada kedudukan 19 batu nautika dari perairan Kemaman.

“Sewaktu bot ronda Maritim melakukan rondaan Op. Iman, kami dengan telah terserempak sebuah bot nelayan tempatan yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan seorang tekong bersama empat orang awak-awak warganegara Myanmar,” katanya di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, perbuatan tersebut telah melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis sah daripada Jabatan Perikanan.

Sehubungan itu, beliau berkata, APMM telah menahan kesemua lima nelayan berkenaan selain menyita bot terbabit.

“Kita juga merampas 400 kilogram hasil laut dan 4,000 liter minyak diesel. Kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI