fbpx

[VIDEO] Anak tumpahkan ‘qutex’ pada pakaian berjenama, Tomok bayar RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOMOK harus membayar harga pakaian jenama terkenal yang dikira 'rosak' akibat terkena pewarna kuku anaknya.

PETALING JAYA – Nasib badan. Penyanyi Tomok terpaksa membayar ganti rugi hampir RM6,000 disebabkan kelakuan anak tersayang menumpahkan pengilat kuku atau qutex pada pakaian berjenama di sebuah butik di ibu negara.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, kejadian tersebut berlaku secara tak sengaja namun dia reda terpaksa membayar amaun berkenaan dengan membeli kesemua helaian baju dan seluar yang terkena bahan pewarna sukar ditanggalkan berkenaan.

“Anak saya dah tumpahkan pengilat kuku dekat baju dan juga seluar. Bukan kena pada satu tapi pada empat helai seluar (sehelai berharga RM1,299) beberapa helai baju.

“Saya tak boleh buat apa. Kena bayar lepas diskaun, saya kena bayar jumlah RM5,593,” katanya menerusi satu muat naik video dalam Instagram.

Sehubungan itu, bekas juara One In A Million (OIAM) musim ketiga itu ingin menjual semula pakaian tersebut yang merupakan koleksi vintaj berjenama.

“Saya nak jual kalau siapa yang nak. Saya tak kisah bayar walau bagaimanapun, semua ini bukan saiz saya.

“Warna pengikat kuku kena sikit sahaja tapi saya faham ini memang peraturan kedai dan ini memang salah saya.

“Siapa nak beli, boleh mesej (dm) saya. Saya pun tak tahu dah nak raya, tapi mungkin ini ujian buat saya,” katanya dalam video.

Sehubungan itu, ingin menjual semula ke semua pakaian yang ‘dikotorkan’ atau mempunyai ‘tandatangan’ anak bongsunya, Khadijah pada harga diskaun.

Menerusi video terbaharu dimuat naik dalam Instagram, seluar vintaj yang harga asal lebih RM1,000 hanya diturunkan serendah RM8,000 sementelah baju pula dari RM 400 kepada RM300.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI