fbpx

BN, PH ada formula terbaik bentuk kerajaan Perpaduan Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul menyerahkan sumbangan kepada seorang penerima di Majlis Penyerahan Bakul Madani di Melaka, semalam. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Perbincangan terperinci antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Melaka dapat memuktamadkan formula terbaik bagi membentuk kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, peralihan kepemimpinan diterajui Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sudah pasti bergerak ke arah itu.

“Saya harap perbincangan antara Ketua Menteri dengan Pengerusi PH Melaka, (Adly Zahari) akan berlaku lebih mudah ke arah pembentukan kerajaan perpaduan di negeri ini.

“Beberapa formula dapat dibincangkan dan yang penting apa yang dicadangkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dapat memuktamadkan untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Kita sudah bergerak ke arah itu apabila beberapa fasiliti seperti dewan Jawatankuasa Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) dapat digunakan seperti biasa, cuma daripada segi perjawatan belum nampak secara jelas setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bakul Madani di Japerun Ayer Keroh di sini, semalam.

Tambah Shamsul Iskandar, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan senarai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH.

“Saya percaya kalau ada perancangan untuk melantik barisan Exco membabitkan ADUN dari PH ia boleh diolah dalam bentuk yang lebih dinamik atau kepelbagaian seperti dalam kerajaan Perpaduan yang memerintah negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI