fbpx

Polis berkas lelaki menyamar wanita untuk mengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang pengemis lelaki (kiri) yang mengemis ketika memakai pakaian perempuan MUslimah iaitu niqab di Kuwait baru-baru ini. - Foto Gulf News

BANDAR RAYA KUWAIT – Seorang lelaki Asia yang memakai niqab ditahan oleh Pentadbiran Am Penyiasatan Hal Ehwal Kediaman di Kuwait, lapor media tempatan seperti dilaporkan portal berita Gulf News semalam.

Tangkapan itu dibuat baru-baru ini sempena kempen membanteras aktiviti meminta sedekah oleh pihak berkuasa Kuwait khususnya semasa bulan Ramadan.

Kementerian Dalam Negeri telah menekankan kepentingan menangani masalah pengemis yang dianggap sebagai jenayah terhadap masyarakat dan menjejaskan imej negara.

Ketua Direktorat Perhubungan Awam dan Media Keselamatan kementerian dalam negeri menyeru penduduk Kuwait supaya melaporkan perbuatan mengemis kepada pihak berkuasa melalui nombor telefon yang diberikan atau nombor kecemasan 112.

Kementerian berkenaan telah menggariskan peranan penting yang dimainkan oleh rakyat dalam menjaga kepentingan.

Sumber keselamatan mengesahkan bahawa mana-mana ekspatriat yang ditangkap mengemis akan dihantar pulang serta-merta, manakala penaja mereka mungkin disenaraihitamkan daripada menaja mana-mana ekspatriat datang ke Kuwait. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI