fbpx

Komposisi Exco Melaka harus gambarkan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga dari kanan) di Majlis Tadarrus Al-Quran Perdana Sempena Ramadhan 1444H Peringkat Parlimen Kawasan Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sg. Sumun hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

BAGAN DATUK – Barisan Exco Kerajaan Melaka yang akan dilantik nanti seharusnya menggambarkan komposisi Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Persekutuan, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, walaupun Barisan Nasional (BN) menguasai tiga per empat daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Exco kerajaan negeri wajar menggambarkan kebersamaan dan perkongsian kuasa antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Beliau (Ketua Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh) akan berbincang dengan saya mengenai pelantikan barisan Exco Kerajaan Negeri dan saya berhasrat agar barisan Exco mesti menggambarkan komposisi Kerajaan Perpaduan.

“Walaupun kita tahu bahawa di Melaka UMNO dan BN memperolehi tiga per empat suara majoriti di negeri itu, namun alangkah baiknya jika Kerajaan Melaka dapat menggambarkan kebersamaan dan juga perkongsian kuasa dengan ADUN-ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang telah dipilih oleh rakyat daripada parti-parti yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan,” katanya selepas merasmikan Program Ihya Ramadan al-Mubarak Tadarus al-Quran Perdana Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Menurut Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, kedudukan portfolio Exco juga harus menggambarkan Kerajaan Perpaduan dan beliau yakin Ab. Rauf akan membincangkan perkara itu dengan beliau.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI