fbpx

FGM rayu sumbangan ke Piala Dunia Footgolf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU Nasaifuddin (kiri) mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) yang beramah mesra dengan beberapa atlet Footgolf negara di Kelab Golf Bukit Jelutong hari ini. - MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Persatuan Footgolf Malaysia (FGM) merayu orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membiayai 23 atletnya mewakili negara pada Piala Dunia Footgolf 2023 di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Presiden FGM, Tunku Nasaifuddin Tunku Datuk Mudzaffar berkata, pihaknya memerlukan sejumlah RM500,000 bagi membiayai atlet ke kejohanan itu yang akan bermula 26 Mei hingga 6 Jun ini.

Wang tersebut merangkumi kos menyertai pertandingan, pengangkutan, penginapan dan lain-lain lagi sepanjang 12 hari kejohanan tersebut.

Menurutnya, skuad Footgolf negara mempunyai potensi menduduki tiga tempat terbaik dalam setiap kategori yang dipertandingkan dengan sandaran besar diharapkan kepada atlet wanita, Steffi Sarge Kaur.

“Setakat ini, kami dapat kumpul RM1,200, namun optimis dapat mengumpul jumlah tersebut. Orang ramai yang ingin membuat sumbangan itu di www.simplygiving.com/nonprofit/fgam,” katanya selepas menghadiri kempen tabung Persatuan Footgolf Malaysia di Kelab Golf Bukit Jelutong hari ini.

Kata Tunku Nasaifuddin, mana-mana syarikat swasta yang memberi sumbangan kepada FGM berpeluang mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kita juga sedang memohon dana daripada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bagi tujuan ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI