fbpx

CCC sokong usaha kerajaan perkasa industri vape di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain dalam industri tembakau, persatuan dan juga penganalisis politik bersefahaman menolak dasar GEG. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pusat Pilihan Pengguna (CCC) menyokong tindakan Kerajaan yang mengecualikan cecair vape dengan nikotin daripada Akta Racun.

Saranan ini akan memberi laluan kepada cecair vape yang mengandungi nikotin dikawal dengan sewajarnya dan bukannya tertakluk kepada Akta Racun yang tidak sesuai untuk produk vape.

Wakil CCC Malaysia, Tarmizi Anuwar berkata,pengecualian cecair vape yang mengandungi nikotin daripada Akta Racun mesti dilengkapkan dengan pengenalan undang-undang atau pindaan kepada undang-undang sedia 

“Jika tidak, pengguna hanya akan terus mengakses produk yang tidak terkawal,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Tarmizi menjelaskan, melalui rangka kerja kawal selia pintar, vaper akan mempunyai akses kepada produk yang mematuhi piawaian yang merupakan amalan serupa di negara lain yang mempunyai peraturan mengenai produk vape.

“Pengguna di Malaysia telah mengakses produk tidak terkawal selama bertahun-tahun dan pembaharuan mesti dilakukan segera. Adalah penting untuk memastikan produk mematuhi piawaian kualiti dan keselamatan tetap untuk melindungi pengguna. 

“Di samping itu, peraturan juga akan membolehkan usaha untuk mencegah vape bawah umur yang boleh dilakukan melalui peraturan pintar dan penguatkuasaan sekatan umur di tempat jualan serta menggunakan teknologi pengesahan umur moden untuk jualan dalam talian.

“Akses kepada produk vape terkawal juga bertindak sebagai pendorong kepada perokok untuk beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya,” jelasnya,

Selain itu, di peringkat global, beliau memberitahu, banyak negara menyaksikan penurunan kadar merokok akibat vape dan dengan peraturan, lebih ramai perokok di Malaysia akan berhenti merokok dan beralih kepada produk vape.

Gambar hiasan.

Mengenai idea memperkenalkan Generasi Penamat (GEG) yang dicadangkan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini, Tarmizi percaya ia sukar untuk dilaksanakan di Malaysia dan Kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menjalankan kajian mendalam serta menilai kesan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Ini adalah keputusan besar yang perlu dibuat dalam iklim politik dan ekonomi semasa.

“Selain itu, terdapat banyak cabaran termasuk masalah pasaran gelap yang besar sedia ada.

“Daripada tergesa-gesa membuat keputusan ini, Kerajaan harus menubuhkan satu jawatankuasa yang komprehensif yang terdiri daripada pakar kesihatan awam bebas tempatan dan antarabangsa, ahli ekonomi, wakil sektor peruncitan dan agensi penguatkuasaan untuk menilai kesan sebelum membuat keputusan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI