fbpx

XES Shoes tawar promosi beli satu percuma satu bersempena Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu outlet XES Shoe yang menawarkan pelbagai pilihan kasut untuk memenuhi gaya hidup dan kehendak semua pelanggan daripada peringkat umur.

PETALING JAYA – XES Shoes, jenama kasut buatan tempatan yang telah berada di pasaran sejak 21 tahun lalu, menawarkan promosi hebat bersempena musim perayaan dengan tawaran beli sepasang kasut dan percuma lagi sepasang kasut.

Promosi Raya Double Special Buy 1 Free 1 yang bermula pada 20 Mac lalu hingga 7 Mei ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua pelanggannya mendapat manfaat agar lebih ramai orang daripada pelbagai latar belakang membeli-belah untuk menyambut Syawal tidak lama lagi.

Pengasas syarikat, Simpson Wong Kean Hin berkata, selain promosi beli satu percuma satu itu juga, syarikat turut  menawarkan  hadiah istimewa menerusi pembelian mininum.

“Jadi selain berjimat dengan beli sepasang kasut maka percuma lagi sepasang, pelanggan juga akan mendapat sampul raya istimewa serta beg beli-belah eksklusif masing-masing untuk pembelian minumum sebanyak RM120 dan RM150.

“Namun hadiah percuma itu tertakluk kepada sementara stok masih ada sepanjang promosi berlangsung.  Untuk promosi itu, pembayaran dibuat untuk harga kasut yang tinggi dan sepasang lagi percuma,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam..

XES Shoes yang telah mendapat pengiktirafan daripada anugerah yang diterimanya iaitu Most Malaysian Brand Shoe Outlet Chain Store dan Superbrands Malaysia Award itu memiliki keunikannya tersendiri kerana setiap pasang kasut dihasilkan dengan perincian rekaan kasut bersesuaian dengan kaki rakyat Malaysia.

“Tentunya ia menjadi keselesaan abadi dan semestinya mesra poket, yakni lebih jimat serta trendy.

Variasi kasut dijual juga untuk semua lingkungan umur daripada golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak dengan harga tidak melebihi RM250. Ia bagai sebuah pusat sehenti yang memudahkan seisi keluarga membeli kasut.

“Paling utama, jenama kami bukan hanya cantik dipakai dan dipandang. Tapi menitikberatkan aspek keselesaan, kepuasan, harga berpatutan dan trendy untuk dijadikan jenama kasut pilihan raya tahun ini,” katanya.

Jenama XES Shoe mula diperkenalkan di pasaran melalui outlet pertamanya di pusat beli-belah Carrefour Wangsa Maju (yang kini dikenali sebagai AEON Big) dan jenama itu berkembang dengan lebih 120 cawangan di seluruh Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI