fbpx

Saintis temui lohong hitam 33 bilion kali lebih besar daripada Matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lohong hitam tersebut adalah satu daripada yang paling besar pernah ditemui. – Getty Images

LONDON – Sekumpulan ahli astronomi di Britain menemui sebuah  lohong hitam bersaiz amat besar iaitu kira-kira 33 bilion kali jisim Matahari, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kumpulan saintis daripada Universiti Durham itu berkata, lohong hitam gergasi tersebut adalah antara yang paling besar pernah ditemui.

“Lohong hitam yang saiznya kira-kira 30 bilion kali jisim Matahari ini adalah satu daripada lohong hitam terbesar yang pernah dikesan.

“Berdasarkan had maksimum mengenai seberapa besar saiz lohong hitam secara teori, penemuan ini adalah sesuatu yang amat menarik,” kata pengarang utama kajian tersebut, Dr. James Nightingale.

Dalam kajian tersebut, saintis menggunakan fenomena dikenali sebagai kanta graviti, di mana mereka mendapatkan bantuan daripada galaksi berdekatan dengan menukarnya menjadi kanta pembesar gergasi.

Ia seterusnya mendedahkan kehadiran lohong hitam gergasi itu. Lohong hitam merujuk kepada zon di mana tarikan gravitinya  amat kuat sehinggakan tiada cahaya yang dapat terlepas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI