fbpx

Ahli astronomi rakam lohong hitam ‘telan’ bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR ilustrasi ESO hari ini menunjukkan sebutir bintang (kiri) disedut ke dalam lohong hitam gergasi. -

PARIS – Ahli-ahli astronomi merakam detik sebuah lohong hitam gergasi memusnahkan sebutir bintang menyamai saiz Matahari, demikian menurut beberapa imej memaparkan proses tersebut secara terperinci hari ini.

Menggunakan teleskop dari Balai Cerap Eropah Selatan (ESO) , mereka memerhatikan cahaya terpancar daripada proses itu yang dikenali sebagai gangguan pasang surut. Fenomena tersebut berasal dari sebuah lohong hitam pada jarak 215 juta tahun cahaya dari Bumi.

Mereka memerhatikan bintang itu berkecai dan disedut ke dalam ‘perut’ lohong hitam tersebut.

“Idea lohong hitam menyedut bintang berdekatan kedengaran seperti sains fiksyen,” kata Matt Nicholl yang merupakan seorang pensyarah dan penyelidik Persatuan Astronomi Diraja selaku ketua penulis kajian tersebut hari ini.

“Namun, itulah yang berlaku dalam gangguan pasang surut,” katanya.

Apabila sebutir bintang bergerak terlalu dekat dengan lohong hitam gergasi, ia ditarik oleh kekuatan graviti lohong hitam tersebut.

Graviti teramat kuat mengakibatkan bintang itu berkecai dan membentuk sisa panjang seperti tali sebelum disedut ke dalam lubang gelap itu. Proses tersebut dinamakan “spaghettification”. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI