fbpx

‘Jailani lupa dulu dia yang tebuk atap’ – Ketua Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhamad Akmal (kiri), Jailani (kanan).

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Melaka, Datuk Jailani Khamis yang mengeluarkan kenyataan ‘tebuk atap’ berhubung pelantikan baharu Ketua Menteri Melaka esok.

Dr. Muhamad Akmal berkata, Jailani sebaliknya individu yang pernah melakukan perkara dilemparkan dengan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu sehingga Ketua Menteri ketika itu hilang majoriti dan jawatan.

“Untuk makluman, kerajaan tebuk atap ataupun kerajaan pintu belakang ini adalah (kejadian) apabila Ketua Menteri dijatuhkan seperti ketika Jailani melompat keluar daripada Pakatan Harapan dahulu dan akhirnya Ketua Menteri ketika itu hilang majoriti dan jawatan.

“Kali ini apabila Ketua Menteri (Datuk Seri Sulaiman Md. Ali) meletakkan jawatan dengan sendirinya, maka kekosongan yang berlaku itu perlu lah diisi oleh mana-mana wakil rakyat yang dirasakan layak oleh parti memerintah.

“Mungkin Jailani lupa masa beliau jadi sebahagian dari kerajaan tebuk atap dulu,” sindirnya dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebooknya.

Media sebelum ini melaporkan Jailani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, secara lantang mendakwa Melaka akan mempunyai ketua menteri ‘pintu belakang’ di sebalik penggantian Ketua Menteri sedia ada.

“Apa yang tuan-tuan akan saksikan dalam beberapa hari berikutnya ialah Ketua Menteri tebuk atap atau Ketua Menteri pintu belakang.

“Ini spesis baharu kelahiran UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Pada Mac 2020 lalu, Muhammad Jailani antara empat wakil rakyat PH di Melaka yang bertindak menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Adly Zahari sehingga kerajaan PH Melaka tumbang.

Sulaiman kemudian diangkat menjadi Ketua Menteri Melaka Ke-12 pada 11 Mac 2018.

Semalam spekulasi peletakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang Ke-13 itu kembali bertiup kencang sebelum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudian mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Sulaiman.

Presiden UMNO itu hari ini turut memaklumkan pihaknya telah mengutuskan warkah kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam untuk menerima peletakan tersebut dan parti mencadangkan Datuk Seri Rauf sebagai Ketua Menteri yang baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI