fbpx

Pelajar tahfiz ditemui lemas di Tasik Puteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Almas Khas yang mati lemas di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang remaja lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya dalam kejadian di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi di sini hari ini.

Mayat mangsa, Almas Khan Alam Shah, 16, yang merupakan pelajar tahfiz Darul Ulum Asy-Syariyyah, Seremban ditemui pasukan penyelamat pada pukul 9.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa yang merupakan warga Myanmar bersama tujuh lagi rakan yang menuntut di pusat tahfiz sama berkunjung ke kawasan rekreasi itu  untuk berkelah pukul 9 pagi

“Sewaktu mereka sedang leka mandi, rakan mangsa, Mohd. Naim Zainal Abidin yang berusia 17 tahun lemas. Mangsa cuba menyelamatkan rakannya dengan menolak remaja itu ke tempat yang selamat, tetapi dia pula dihanyutkan arus deras,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, rakan-rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Tambah beliau, anggotanya yang tiba tidak lama kemudian menemui mayat Almas Khan pada kedalaman dua meter di dasar air terjun. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun.

“Seorang lagi mangsa (Mohd. Naim) yang nyaris lemas dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Besi di sini untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya stabil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI