fbpx

MrBeast beri kereta kepada pelayan restoran sebagai tip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebilangan peminat menyelar MrBeast kerana memberi kereta kepada seorang pelayan untuk mempromosikan perniagaan coklat dan saluran YouTubenya. - Tiktok / MrBeast

WASHINGTON – Pesohor YouTube Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai MrBeast, mengundang pelbagai reaksi netizen selepas memuat naik video terbaharu menunjukkan dia memberikan tip kepada seorang pelayan restoran dengan cara menghadiahkan sebuah kereta, lapor akhbar New York Post semalam.

MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson, 24, memuat naik sebuah klip video yang memaparkan pertanyaannya kepada seorang pelayan bernama Amy mengenai tip paling banyak pernah diterimanya.

“Lebih kurang AS$50 (RM220),” jawab Amy.

“Adakah seseorang pernah memberi tip kereta?” tanya Donaldson sambil menghulur kunci kereta Toyota sedan berwarna hitam kepada Amy.

Kereta tersebut mempunyai cetakan logo coklat jenama Feastables yang diusahakan oleh Donaldson. Logo saluran YouTube Mr.Beast juga dicetak pada bonet kereta itu.

“Saya benar-benar lewat untuk bekerja hari ini kerana Uber tiba lambat. Saya sangat terkejut sekarang. Saya juga tidak tahu memandu,” kata Amy.

Kandungan video seperti itu bukan perkara baharu buat Donaldson yang dilaporkan menghadiahkan wang tunai berjumlah kira-kira AS$3.2 juta (RM14.1 juta) tahun lepas, lapor laman berita Insider.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

“Beruntung dia mendapat kereta tetapi saya berpendapat, saya enggan memandu kereta mempunyai logo Feastables,” komen seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI