fbpx

MGB Berhad lancar Pangsapuri Saujana Indah di lokasi strategik Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANGSAPURI Saujana Indah terletak di antara bandar Molek dan Johor Jaya yang sedang pesat membangun.

PETALING JAYA – Anak syarikat LBS Bina Group Berhad, MGB Berhad melancarkan Pangsapuri Saujana Indah, sebuah pembangunan pangsapuri baharu, yang menawarkan kediaman dengan harga mampu milik dan selesa di Johor Bahru. 

Dibangunkan di atas tanah pegangan bebas seluas 2.6 ekar (1.05 hektar), Pangsapuri Saujana Indah terdiri daripada 988 unit yang merangkumi dua buah menara dengan jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 437 juta.

Pangsapuri Saujana Indah yang terletak di tengah-tengah nadi permata Selatan yang sedang meningkat naik menawarkan beberapa jenis unit kediaman pangsapuri dengan harga bermula daripada RM352,000.

Terdapat dua buah menara kediaman, iaitu Menara A setinggi 37 tingkat terdiri daripada 393 unit dan Menara B, juga setinggi 37 tingkat dengan 595 unit. 

DIBANGUNKAN di atas tanah pegangan bebas seluas 2.6 ekar, Pangsapuri Saujana Indah terdiri daripada 988 unit yang merangkumi dua buah menara.

Tarikan utama pembangunan ini adalah akses mudah melalui lebuhraya utama seperti, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Baru ke Bandar Iskandar Puteri, Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya EDL, Lebuhraya Pantai Timur JB dan Lebuhraya Senai-Desaru.

Pembangunan ini juga terletak hanya 20 minit dari Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), dan menjadikannya lokasi yang amat sesuai bagi mereka yang kerap keluar negara. 

Pangsapuri Saujana Indah terletak di antara bandar Molek dan Johor Jaya yang sedang pesat membangun. 

Selain dari itu, Pangsapuri Saujana Indah ini juga terletak berdekatan dengan Kelab Golf Daiman 18, tumpuan ideal bagi penggemar sukan golf.

Nikmati pelbagai kemudahan seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, surau, BBQ, zon kecergasan, gimnasium bagi menggalakkan gaya hidup sihat, di bandar indah Johor Jaya di samping meneroka kawasan-kawasan menarik yang terletak berhampiran kawasan pembangunan tersebut seperti, Taman Tema Air Austin Height, yang hanya terletak 10 minit daripada kediaman ini. 

Nikmati pelbagai kemudahan seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, surau.

Bagi pencinta alam sekitar, pembangunan ini juga berhampiran dengan Taman Tasik Seri Alam dan Tasik Biru Seri Alam yang amat terkenal dengan pemandangan indah dan menakjubkan di kalangan penggemar sukan mendaki dan lasak.

Pangsapuri Saujana Indah menawarkan gabungan sempurna di antara harga mampu milik dan kemudahan, menjadikan ianya ideal untuk keluarga dan warga kerja yang sedang mencari kehidupan serba selesa di Johor Bahru.

Naib Pengerusi Eksekutif MGB Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, Pangsapuri Saujana Indah merupakan produk daripada sebuah syarikat yang mempunyai rekod prestasi kukuh dan mempunyai keupayaan pembinaan serta kekuatan kewangan yang teguh. 

 

HOCK SAN

“Ini memberikan kami kelebihan di dalam menyiapkan projek tepat pada masanya, mengikut peruntukan bersesuaian yang mendorong sentimen keyakinan yang tinggi di kalangan bakal pembeli rumah,” katanya.

Pangsapuri Saujana Indah akan menjadi projek terkini yang tersenarai di bawah kempen ‘LBS Fabulous Extra 2022-23’ di mana pembeli rumah akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah cabutan bertuah bernilai RM 1.5 juta. 

Hadiah ini termasuk 22 unit kereta Perodua Axia, 41 unit motosikal SM Sports 110R, 33 unit Sony 5.1 Cinema Home Soundbars, 46 unit basikal gunung Decathlon Rockrider ST30, Televisyen Panasonic 40 inci dan banyak lagi.

Maklumat lanjut mengenai Pangsapuri Saujana Indah di SINI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI