fbpx

Hospital Medan milik ATM di Turkiye dapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua mangsa gempa bumi di Turkiye dirawat di HMM pada 15 Februari lalu.

KUALA LUMPUR – Hospital Medan Malaysia (HMM) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Turkiye mendapat pujian kerajaan serta rakyat negara tersebut.

Penubuhan HMM pada 15 Februari lalu bertujuan menawarkan perkhidmatan perubatan bagi Tahap 1 dan 2 termasuk prosedur pembedahan kepada mangsa gempa bumi di sana.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia antara negara terawal menyediakan bantuan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta perkhidmatan kesihatan dan perubatan buat rakyat Turkiye yang terkesan.

“Kita dipuji kerana kita antara yang pertama menghantar bantuan dan yang awal sampai yang dimulakan dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan kemudian kita bangunkan HMM untuk beri perkhidmatan kecemasan secara segera kepada mangsa gempa bumi.

“Keaadaan ekstrem, sejuk sangat, tak ada tempat duduk, tempat tidur, tanpa kelengkapan lengkap tetapi kecekalan anggota tentera kita telah berjaya mengharumkan nama negara di Turkiye.

“Inilah contoh kecekalan anggota tentera kita yang sentiasa siap sedia berkhidmat walaupun jauh,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan 50 Buah Ambulans Domestik Perkhidmatan Kesihatan ATM di Padang Kawad Kem Kementah, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI