fbpx

[VIDEO] Farid dakwa orang ketiga dorong Diana minta cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID KAMIL mendakwa seperti ada orang ketiga yang menjadi punca mendorong Diana memfailkan cerai terhadapnya.

SHAH ALAM – “Ada pihak ketiga yang menyokong beliau (Diana) dari belakang.”

Demikian kata pelakon Farid Kamil tentang krisis rumah tangganya dengan isteri, Diana Dianelle yang kini berada di ambang perceraian.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari berkata, hanya Diana yang tahu apa dimaksudkannya.

Atas apa yang berlaku, Farid bertegas mahu menegakkan hak dan keadilan buatnya sebagai seorang suami demi keharmonian rumah tangga yang dibina sejak lebih 10 tahun lalu.

“Untuk (penjelasan) lanjut, itu kalian perlu tanya Diana sendiri. Sebab, saya seboleh-bolehnya nak tegakkan undang-undang Islam. Saya nak tegakkan hak sebagai suami yang rumah tangganya diganggu orang ketiga.

“Saya rasa sangat tak adil sebagai seorang suami diperlakukan sebegitu dan apabila saya meminta jawapan (orang ketiga), perpisahan yang dia minta,” ujarnya dalam nada sebak.

Pengarah Remp-It itu menjelaskan, dia sangat sayangkan keluarga dan anak-anaknya.

Hari ini, Farid hadir di mahkamah bagi proses perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Dia juga sudah berusaha sehabis baik memujuk Diana bagi mengembalikan kedamaian rumah tangga mereka atas kesalahan yang dirasakan tidak munasabah.

“Alhamdulilah, Allah telah beri saya petunjuk dan hidayah,” kata Farid.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai dengan alasan tiada lagi persefahaman dan berlaku pergaduhan berpanjangan.

Farid bagaimanapun enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI