fbpx

[VIDEO] Bunga untuk Diana, tanda pendamaian pertama – Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farid ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini dengan membawa sejambak bunga.

SHAH ALAM – Pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini sebentar tadi.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan sejambak bunga.

“Bunga ini untuk Diana tanda pendamaian pertama,” katanya ringkas ketika ditanya sebab membawa sejambak bunga hari ini.

Hari ini difahamkan Farid Kamil akan memaklumkan kepada mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Terdahulu, isterinya Diana Danielle telah tiba di mahkamah pada pukul 8.55 pagi.

Masalah berlaku apabila wujud tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Itu antara alasan, pelakon Diana dalam permohonan cerai yang dikemukakan terhadap suaminya pelakon Farid Kamil.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI