fbpx

STPM perlu diteruskan, tiada keperluan mansuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Cadangan memansuhkan pendidikan tingkatan enam dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah tidak wajar dan tiada keperluan ketika ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, peperiksaan STPM yang ditawarkan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan mesti diteruskan.

“Kewujudannya bertujuan memastikan murid peringkat menengah atas mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa kerana STPM diiktiraf Cambridge Assessment International Education.

“Semua universiti awam (UA) di negara kita mengiktiraf kelulusan ini, malah lebih 2,000 universiti seluruh dunia turut mengiktiraf sijil STPM.

“Jadi lulusan tingkatan enam ini boleh melanjutkan pelajaran ke mana-mana sahaja dalam negara, luar negara, Amerika Syarikat, semua negara Komanwel dan negara Asia Barat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara, di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan kerajaan agar memansuhkan STPM dan menggantikannya dengan program matrikulasi.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pendidikan tingkatan enam mempunyai sasaran dan matlamat tersendiri berbanding program matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI