fbpx

Dewan Rakyat: 336 kes penderaan dilaporkan dalam tempoh dua tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Sebanyak 336 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan berlaku di rumah pengasuh dan pusat asuhan dalam tempoh 2021 hingga 2022.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kes tersebut melibatkan pelbagai kategori penderaan termasuk yang berlaku di rumah, pusat asuhan, taska berdaftar, taska tidak berdaftar dan sebagainya.

Justeru, beliau mengajak semua pihak supaya mengadakan program berunsurkan nilai untuk mewujudkan ekosistem bagi membolehkan semua masyarakat mempunyai kesedaran serta membantu jika berlaku kes penderaan.

“Sekiranya ada maklumat membabitkan penderaan segera hubungi 15999. Sejak beberapa hari kebelakangan ini memang banyak kes berlaku.

“Dan di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pegawai kita yang cepat bertindak dan mengikut proses dalam menyelesaikan kes membabitkan penderaan walaupun sekarang di bulan puasa (Ramadan),” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Salamiah Mohd Nor (PN – Temerloh) yang memintanya mahu kementerian menyatakan peratusan kes penderaan kanak-kanak setahun di Malaysia dan sejauh mana usaha kerajaan untuk menangani kes berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI