fbpx

Anak perempuan hantar makanan, peluk bapa dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aceng memeluk erat anak perempuannya ketika berada di dalam sel penjara. - Instagram

JAKARTA  – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario menyayat hati anggota polis membuka pintu penjara supaya seorang kanak-kanak dapat memeluk bapanya, lapor laman berita Kompas semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @undercover.id kelmarin.

Seorang tahanan bernama Aceng cuba memeluk anak perempuannya tetapi dihalang oleh jeriji besi. 

Seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian kemudian membuka pintu lokap dan membenarkan lelaki itu memeluk anaknya.

Ketua Polis Daerah Muaro Jambi, Muharman Artha mengesahkan kejadian itu berlaku di Balai Polis Maro Sebo.

Ketua Polis Maro Sebo, Wiwik Utomo berkata, pintu lokap dibuka oleh anggotanya yang bernama Bripka Handoko pada Jumaat lalu sebelum waktu berbuka puasa.

“Jumaat lalu, kanak-kanak itu datang bersama abangnya untuk menghantar makanan kepada bapa mereka. Kebetulan rumah suspek tidak jauh dari balai polis, sekitar lapan hingga 10 minit perjalanan,” kata Handoko.

Menurut Handoko, Aceng ditahan selama lapan hingga 10 hari atas kes kecurian. Dia berasa kasihan apabila melihat keluarga itu dan terus membuka pintu lokap. 

Handoko mengakui telah melanggar etika kepolisian dengan membuka pintu sel.

“Walaupun saya salah, saya bersedia menerima akibat undang-undang,” kata Handoko. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI