fbpx

Virus Covid-19 boleh ubah DNA manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Genom penghidap virus SARS-Cov-2 mungkin akan mengalami perubahan dalam badan mereka. - Foto Shutterstock

HOUSTON, Texas – Kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal Nature Microbiology mendapati individu yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 mungkin mengalami perubahan struktur genom yang menjelaskan berlakunya imuniti dan risiko komplikasi jangka panjang akibat Covid-19, lapor portal berita Wion News kelmarin.

SARS-CoV-2 adalah virus penyebab Covid-19. Menurut kajian, virus itu boleh menyerang kromatin (DNA) iaitu struktur di mana bahan genetik dalam sel manusia disimpan.

Kajian itu mencadangkan bahawa sesetengah virus boleh merampas atau menukar kromatin manusia untuk membiak dalam sel tetapi sama ada atau bagaimana SARS-CoV-2 boleh menjejaskan kromatin masih belum diketahui.

“Kami mendapati bahawa banyak seni ‘binaan’ kromatin sel normal yang terbentuk dengan baik menjadi tidak teratur selepas jangkitan Covid-19,” kata Wenbo Li selaku Pengarang Kanan Kajian dan Profesor Bersekutu di Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas.

Beliau memberikan contoh binaan kromatin dinamakan bahagian A/B yang diibaratkan sebagai bahagian yin(feminim) atau yang (maskulin) dalam kromatin manusia.

Bagaimanapun, selepas seseorang dijangkiti Covid-19, mereka mendapati bahagian yin dan yang kromatin kehilangan bentuk normalnya dan mula bercampur, kata Li.

Bukan sahaja bentuk tetapi juga komposisi kimia kromatin boleh diubah oleh SARS-CoV-2, demikian menurut kajian itu.

Seorang saintis yang merupakan sebahagian daripada kajian tersebut, Xiaoyi Yuan berkata, perubahan dalam pengubahsuaian kimia kromatin diketahui memberi kesan jangka panjang pada ekspresi gen dan fenotip.

Justeru, penyelidikan mereka dapat memberikan perspektif baharu untuk memahami kesan virus SARS-CoV-2 pada kromatin manusia yang boleh dikaitkan dengan sindrom dinamakan ‘long Covid’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI