fbpx

Tak perlu panjangkan lagi isu ini – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL minta isu pengguguran nama Aaron tidak lagi diperbesar-besarkan.

PETALING JAYA – Pengarah Syamsul Yusof meminta agar isu pengguguran pelakon Aaron Aziz daripada filem terbaharu arahannya, The Original Gangster tidak lagi diperbesar-besarkan.

Pengarah berusia 39 itu berkata, apa yang berlaku antaranya dan Aaron tiada kena-mengena dengan pelakon lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan termasuk Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy.

“Dalam isu Aaron digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster, tak perlu kita menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain seperti Sharnaaz dan Beto.

“Keputusan menggugurkan Aaron dibuat sebulat suara saya dan penerbit lain filem tersebut.

“Apa yang berlaku adalah isu kerja antara saya sebagai pengarah dan Aaron sebagai pelakon. Saya terima salah dan bertanggungjawab penuh atas semua ini. Tidak perlu dipanjangkan lagi isu,” katanya.

Semalam, Syamsul atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz memaklumkan dia tidak mempunyai masalah untuk bersemuka dan berbaik-baik semula dengan Aaron bagi membincangkan konflik yang tercetus antaranya dengan pelakon itu.

Terdahulu, Aaron menerusi satu muat naik video dalam Instagram menceritakan perkara sebenar dengan bersaksikan kitab suci al-Quran dirinya telah dianiaya pengarah terbabit digugurkan pada saat akhir.

Aaron, 47, juga mendedahkan sanggup mengambil suntikan steroid berkali-kali demi komitmen filem terbabit namun tetapi digugurkan tanpa sebab yang tidak kukuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI