fbpx

Kereta ‘terperangkap’, peniaga mengeluh tapak bazar jadi sempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di media sosial Twitter.

PETALING JAYA – Ramai pemilik kereta ‘terkandas’ ekoran khemah bazar Ramadan di Puchong Prima telah menghalang kenderaan keluar daripada parkir lot.

Menerusi ciapan oleh @isusemasaviral, kelihatan sekitar 10 buah kereta tidak dapat keluar kerana peniaga sudah mula berniaga.

Keadaan laluan bazar itu juga semakin sempit kerana khemah perlu ‘dipacak’ di hadapan kereta-kereta berkenaan.

Bagaimanapun, setelah Kosmo! membuat tinjauan di ruangan komen, ramai menyalahkan pemilik-pemilik kenderaan yang sebenarnya ‘mengganggu’ peniaga bazar.

Ujar mereka, terdapat kain rentang telah pun diletakkan bagi mengingatkan supaya kenderaan dialihkan pada pukul 3 petang.

“Sudah ada ‘banner’ beritahu untuk kosongkan kereta pada pukul 3 petang. Kebanyakan yang letak kenderaan adalah mereka yang bekerja naik Transit Aliran Ringan (LRT). Macam mustahil untuk kosongkan tapak sebelum waktu itu,” ciap Mira.

“Sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) pindahkan bazar ke tempat lain atau kosongkan kawasan tapak untuk sebulan terus. PBT kena cari penyelesaian yang tidak melibatkan kemudaratan,” komen Mazwan.

“Tidak boleh buat apa sebab kebanyakan yang letak kereta mereka yang pergi kerja naik LRT. Nak atau tidak kena tutup kawasan parkir dari pagi. Kesian peniaga dan pemilik kereta,” ciap Azhar pula.

Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 3,283 perkongsian dan 6,502 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI