fbpx

Kertas siasatan dibuka kes pukul pemandu treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Polis membuka kertas siasatan kes seorang pemandu treler yang cedera dipukul sekumpulan lelaki dalam kemalangan maut di Kampung Telok Gong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada lelaki tempatan berusia 36 tahun itu di Balai Polis Pandamaran, pukul 8.14 malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati sekumpulan lelaki yang berkumpul di lokasi kemalangan memukul mangsa dan memecahkan cermin depan lori tersebut.

“Ia menyebabkan pemandu itu cedera di pipi kanan, lebam mata dan sakit di seluruh anggota badan.

“Mangsa turut menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang murid perempuan, Allahyarhamah Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir, 9, maut akibat digilis treler manakala adiknya dan pengasuh wanita cedera dalam kemalangan itu.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Telok Gong selepas selesai sesi persekolahan agama di Sekolah Rendah Agama (SRA) Telok Gong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI