fbpx

Guna kad debit, kredit di tol Jambatan P. Pinang, BKE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebuh Raya Butterworth-Kulim.

SEBERANG PERAI – Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini menjadi sebahagian lebuh raya di negara ini yang tersenarai untuk projek pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka yang dijangka bermula September ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Zakaria berkata, pihaknya menyambut baik kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berhubung pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka itu yang hanya menggunakan kad debit atau kad kredit.

Justeru katanya, PLUS akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam merealisasikan matlamat tersebut menjelang September.

“Ketika ini, kami juga sedang giat membuat persiapan untuk mengadakan ujian pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Lorong RFID selain daripada (penggunaan) ‘e-wallet’ Touch ‘n Go di Jambatan Pulau Pinang.

“Pada masa yang sama, di BKE pula, persediaan sedang dibuat untuk menguji sistem pembayaran terbuka menggunakan kad kredit atau debit di Plaza Tol Kubang Semang,” kata beliau.

Menurutnya, pelaksanaan pembayaran terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit dijangka memberikan lebih pilihan kepada pengguna lebuh raya apabila dilaksanakan kelak.

“Pihak PLUS sentiasa bersedia meneroka dan menguji kaedah-kaedah pembayaran tol yang lebih mudah dan memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya,” tambah Zakaria. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI