fbpx

Dua pengedar miliki dadah RM3.22 juta diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN menunjukkan sebahagian dari pelbagai jenis dadah yang dirampas daripada sindiket tempatan bernilai lebih 3 juta pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Dua pengedar dadah telah ditahan menerusi tiga serbuan melibatkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM3.22 juta di sekitar bandar raya ini, kelmarin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dua rakan yang berusia 34 dan 38 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor antara pukul 3.15 petang hingga 5 petang.

Menurut beliau, siasatan dibuat mendapati sindiket terbabit baharu bergiat aktif sejak awal tahun ini.

“Hasil serbuan dijalankan, polis berjaya merampas pelbagai dadah antaranya, 119,750 biji pil erimin 5, serbuk ekstasi seberat 5,360 gram, ketamin (903 gram), pil ekstasi (865 gram) dan ‘magic mushroom’ (270 gram).

“Sekiranya berada di pasaran, sejumlah dadah itu boleh digunakan seramai kira-kira 150,000 orang penagih,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, modus operandi digunakan sindiket ini adalah dengan menjadikan kediaman ‘gated and guarded’ serta kereta sebagai stor simpanan dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan.

“Dalam serbuan itu, polis turut menyita pelbagai aset bernilai RM210,450 termasuk sejumlah wang tunai, barangan kemas dan empat buah kenderaan.

“Saringan ujian air kencing mendapati seorang suspek positif dadah, manakala seorang lagi mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI