fbpx

Yadim, LHDN jalin kerjasama bantu 364 pelajar asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri (tengah) menerima replika cek sumbangan daripada Mohd. Husni (kiri) pada Majlis Penyerahan Barangan Keperluan Sekolah kepada pelajar-pelajar asnaf di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dilantik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyantuni pelajar asnaf di seluruh negara.

Kerjasama tersebut dibuat menerusi hasil kutipan zakat pendapatan kakitangan beragama Islam dan dilaksanakan menerusi Persatuan Kebajikan Islam LHDN (Perkis).

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Zamri Zainal Abidin berkata, pihaknya berbesar hati apabila dipilih agensi berkenaan untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu.

“Insya-Allah segala sumbangan lebih 4,000 kakitangan muslim LHDN ini akan diguna bagi bantu murid asnaf yang telah disenaraikan.

“Susulan itu, seramai 364 pelajar asnaf menerima sumbangan berkenaan yang akan diserahkan secara berperingkat sepanjang Ramadan kali ini,” katanya kepada pemberita di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI