fbpx

Tiada keperluan ambil tindakan Akta Hasutan ke atas Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution ketika menyampaikan ucaptama pada Program Townhall Ikon Madani (Ikon) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini. FOTO:AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Tiada keperluan untuk mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed berkaitan isu perhimpunan Proklamasi Orang Melayu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau setakat ini menyerahkan perkara itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk penilaian lanjut.

“Saya tidak mahu sentuh wajar atau tidak (tindakan Akta Hasutan). Sekarang saya tidak nampak keperluannya. Paling penting, sesiapa pun boleh memberi pandangan namun jangan sehingga melampaui batas yang berkait dengan institusi diraja, sentimen kaum dan agama,” katanya ketika ditemui selepas Program Townhall Ikon Madani (Ikon) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, petang tadi.

Ahad lalu,  Mahathir mendakwa perhimpunan Proklamasi Orang Melayu tidak dapat dianjurkan disebabkan campur tangan kerajaan yang takut mendengar suara orang Melayu.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya mengikuti lanjut hasrat Dr. Mahathir untuk melakukan satu proklamasi yang memberi gambaran bahawa kuasa politik dan ekonomi orang Melayu semakin lemah.

“Saya percaya rakyat boleh melihat sendiri apakah munasabah dakwaan seperti itu ketika Tun sendiri diberi peluang selama 22 tahun dan 22 bulan sebelum ini. Terlalu banyak boleh dibuat untuk membela orang Melayu supaya tidak berlaku perkara yang beliau  bimbangkan. Tidak munasabah itu berlaku dalam tempoh tiga bulan ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI