fbpx

Pekerja swasta maut motosikal langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. FOTO IHSAN POLIS

SEPANG – Seorang kakitangan swasta maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan menghala ke Plaza Tol Putrajaya, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8 pagi di kilometer (KM) P2.3 Jalan Lingkaran Putrajaya itu, mangsa dikenali sebagai Nur Al’Arifin, 33, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Kota Warisan menghala ke Shah Alam untuk ke tempat kerja.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba terbabas dan melanggar pembahagi jalan di tengah jalan raya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

“Siasatan punca kemalangan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau juga meminta saksi kejadian diminta tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Wan Kamarul Azran berkata, saksi boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Noor Faizah di nombor 0138024605 untuk menyalurkan maklumat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI