fbpx

Enam produk kosmetik dikesan ada racun berjadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu daripada enam produk yang mengandungi racun berjadual.

PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan enam produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Produk berkenaan termasuk Flashhskinzz Moist Sunscreen Serene Treatment Cream, Tempias Hawa Master Recovery Skin Rskin, Karisma Preventing Day Cream, SL Two Kunyit dan SL Two Sarang Burung.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk berkenaan dikesan mengandungi merkuri, Betamethasone 17- Valerate, Hydroquinone dan Tretinoin.

Beliau berkata, orang ramai digesa mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berkenaan.

“Susulan daripada itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI