fbpx

7,736 hilang pekerjaan di Johor awal tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAIRI ketika berucap pada sesi penggulungan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Menurut statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), seramai 7,736 penduduk negeri ini telah kehilangan pekerjaan dalam sejak 1 Januari hingga 3 Mac, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, daripada jumlah itu, 202 individu yang kehilangan pekerjaan melindungi golongan muda berusia antara 15 hingga 30 tahun.

Sehubungan itu, kerajaan menerusi Perkeso telah menjalin kerjasama strategik dengan beberapa agensi melalui penubuhan Pusat Satelit MYFutureJobs bertujuan membantu golongan pencari kerja di kawasan pinggir bandar dan kampung mendapatkan perkhidmatan penempatan pekerjaan.

“Sehingga kini, terdapat 21 buah Pusat Satelit MYFutureJobs di negeri Johor seperti di Pusat Komuniti Desa (PKD) Tanjung Sedili; PKD Air Merah; PKD Melayu Nyior dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Semangar Dalam.

“Seterusnya, Unit Strategik Modal Insan Johor sedang menjalankan kajian bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkenaan penawaran dan permintaan guna tenaga di negeri Johor serta penubuhan Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor sebagai platform perkongsian dan pengumpulan maklumat berkaitan skop pekerjaan, kemahiran dan peluang industri dengan menghimpunkan agensi-agensi berkaitan pembangunan modal insan dan pemain industri.

“Dengan penubuhan jawatankuasa ini, strategi baharu dapat dirangka dalam membantu institut TVET melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi mengikut kepakaran berbeza sekali gus mengisi peluang pekerjaan hasil pelaburan yang diterima negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI