fbpx

28 pakar dilantik sumbang kepakaran di POE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika bergambar bersama Ahli Panel Of Experts (POE) KPKT siri 1/2023 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai 28 pakar dilantik sebagai Panel Of Expert (POE) bagi menyumbang kepakaran masing-masing dalam membantu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memantapkan penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kesemua mereka dilantik terdiri daripada kalangan yang berlatar belakangkan pelbagai bidang seperti perumahan, kewangan, ekonomi, kebombaan dan pembinaan.

Katanya, ia juga melibatkan penyertaan individu daripada institusi seperti Khazanah Research Institute, House Buyers Association (HBA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Bar Council, Persatuan Arkitek Malaysia, Bursa Malaysia Berhad, Association of Bank Malaysia, ahli akademik universiti dan lain-lain.

“Pelantikan POE ini merupakan satu inisiatif strategik KPKT bagi menggembleng pengetahuan, pengalaman dan kepakaran pelbagai pihak untuk bersama-sama KPKT secara khusus ya dalam menentukan dasar dan program yang terbaik untuk rakyat.

“Melalui pelantikan ini, ahli POE diharap dapat membantu memberikan khidmat nasihat dan cadangan penambahbaikan serta solusi kepada kementerian bagi menangani isu dan cabaran yang mendatang.

“Input serta cadangan yang dikemukakan akan diketengahkan dan diteliti oleh pihak kementerian sebelum dibawa ke pertimbangan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan setiap isu berkaitan KPKT dapat diselesaikan secara strategik dan teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah POE KPKT siri 1/2023 di sini hari ini.

Panel berkenaan akan dipengerusikan oleh Nga sendiri dan Pengerusi ganti disandang oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd Rahman.

Tambahnya, kesemua mereka akan berkhidmat secara pro bono tanpa sebarang kos kepada kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI