fbpx

Sasar pasang 100 mesin layan diri IPR pada bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIZI (kiri) menunjukkan salah satu makanan yang dijual dalam mesin layan diri IPR di UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor hari ini. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Kerajaan menyasarkan untuk memasang 100 buah mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di seluruh negara pada Ramadan ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kementeriannya mendapat permintaan daripada pelbagai pihak untuk memasang mesin tersebut di premis perniagaan mereka.

“Malah kementerian dapat permintaan daripada beberapa hospital untuk pasang mesin ini, tapi kita perlu mendapat izin daripada vendor makanan hospital itu untuk memasang ini.

“Kita tidak mahu pemasangan ini akan menjejaskan pendapatan vendor makanan tersebut,” katanya selepas melancarkan mesin makanan layan diri IPR di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, di sini, hari ini.

Menurut Rafizi, mesin ini akan dipasang dengan lebih banyak di Lembah Klang termasuk di kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Rafizi turut menjelaskan, kerajaan kini sedang berusaha mengurangkan kadar inflasi rakyat bagi memastikan mereka tidak terlalu terkesan dengan tekanan ekonomi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI