fbpx

Kari phanaeng stu paling enak dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kari phanaeng mengandungi daging yang distu dengan cili kering, daun limau purut, santan, daun ketumbar, jintan putih, bawang putih, serai, bawang merah dan kacang. - Derek Lucci/Serious Eats

BANGKOK – Makanan kegemaran rakyat Thailand, kari phanaeng dinobatkan stu paling enak dalam senarai 100 Stu Terbaik dunia  dengan memperoleh 4.8 daripada 5 mata, lapor akhbar Nation Thailand semalam.

Senarai dikeluarkan laman web panduan makanan, TasteAtlas itu turut menyenaraikan kari  Jepun, periuk panas Sichuan dari China, bo kho dari Vietnam serta shahi paneer dari India dalam kedudukan utama di belakang kari phanaeng.

Selain juadah tersebut, beberapa makanan Thai turut tersenarai termasuk kari hijau di tempat ke-8, massaman di tempat ke-9, kari Thai di tangga ke-15, kari kuning di tempat ke-32 dan kari merah di tangga ke-34.

Laman web tersebut menggambarkan phanaeng sebagai kari Thailand yang dicirikan oleh teksturnya yang pekat dan rasa kacang masin-manis.

“Ia mengandungi daging yang distu dengan cili kering, daun limau purut, santan, daun ketumbar, jintan putih, bawang putih, serai, bawang merah dan kacang,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Daging yang digunakan dalam kari phanaeng biasanya adalah daging lembu, ayam atau itik dan juadah tersebut secara tradisional tidak dicampurkan  sayuran. – Agensi 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI