fbpx

Luahan Pembaca: Ibu bapa jangan berebut ambil anak di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU bapa perlu mencontohi sikap anak-anak yang mengikut peraturan setiap kali berada di sekolah. - GAMBAR HIASAN

Saudara Pengarang,

BERMULA hari ini, sesi persekolahan musim baharu telah bermula khususnya di kawasan Lembah Klang, manakala negeri-negeri lain seperti Kelantan, Kedah dan Johor telah bermula lebih awal iaitu semalam.

Seperti biasa, senario persekolahan bukan hanya dirasai oleh murid-murid, tetapi ibu bapa juga merasai keterujaan terutama bagi mereka yang pertama kali akan menghantar dan menjemput anak di sekolah.

Bagaimanapun, isu kesesakan berhampiran kawasan sekolah akan sentiasa berlaku apabila ibu bapa beramai-ramai hadir untuk mengambil anak dari sekolah, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Ini terutamanya apabila lokasi persekolahan itu terletak di kawasan perumahan, sekali gus menyebabkan penduduk sekitar tersekat untuk keluar rumah.

Isunya timbul apabila ada ibu bapa yang sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang tidak sepatutnya sehingga menganggu lalu lintas.

Selain itu, ada juga waris murid yang berebut-rebut untuk menjemput anak mereka di pintu pagar sehingga menimbulkan suasana kelam-kabut.

Mungkin ada baiknya ibu bapa lebih berhemah dan bersabar selain mengikut arahan pihak keselamatan sekolah setiap kali ingin menghantar atau menjemput anak mereka.

OSMAN
Klang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI