fbpx

11 calon MKT UMNO dahului dengan lebih 100 undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar, Zambry dan Tengku Zafrul (dari kiri).

PETALING JAYA – 11 calon yang bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selesa mendahului dengan lebih 100 jumlah undian setakat pukul 12.00 tengah hari ini.

Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (153 undi), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (150), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (147) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (142) adalah antara yang tersenarai.

Selain itu, turut meraih undian 100 ke atas ialah Datuk Seri Bung Moktar Radin (138), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (131), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (114), Datuk Azlan Osman (114), Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (110), Datuk Dr Shaik Hussein Mydin (105) dan Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafizi (100)

15 calon lain yang tersenarai dalam kedudukan 25 teratas ialah Datuk Seri Dr. Md Alwi Che Ahmad (99), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (97), Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (96), Datuk Mohd. Puad Zarkashi (88) dan  Isham Jalil (87).

Turut tidak ketinggalan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (87), Datuk Seri Dr Ahmad Said (84), Datuk Lokman Noor Adam (83) dan Datuk Seri Abd Rahman Dahlan (82).

Di kedudukan tiga terakhir ialah Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (79), Datuk Seri Jalaluddin Alias (78), dan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan (77). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI